KULIM: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar setiap kejadian buli yang berlaku di negeri ini disiasat secara terperinci. Titah Tengku Sarafudin Badlishah, tindakan tegas hendaklah diambil supaya kejadian buli tidak berulang lagi di masa akan datang. “Saya berasa sangat kecewa dengan kejadian buli yang disiarkan dalam televisyen dan media sosial yang berlaku di negara kita baru-baru ini. “Bagi saya apa yang lebih penting adalah langkah-langkah yang…