KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bersama hampir 2,000 peserta menyertai larian sejauh tujuh kilometer (km) sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan sawah menghijau di sekitar kawasan geotapak Bukit Lagi, di sini hari ini. Terdahulu, baginda turut berkenan melepaskan para peserta Larian Eco Fun Run anjuran Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail…










