Ragam pelik idol pujaan - Utusan Malaysia

Ragam pelik idol pujaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bintang K-Pop di mata peminat fanatik mereka ibarat manusia sempurna yang tiada kelemahan.
Namun, sebagai manusia biasa, selebriti-selebriti bertaraf antarabangsa ini juga mempunyai tabiat pelik masing-masing.

Malah peminat rata-ratanya terlalu rajin membincangkan perihal sikap luar biasa artis K-Pop kegemaran mereka menerusi forum yang diwujudkan di platform maya.
Demikian perangai pelik empat artis K-Pop yang dianggap menghiburkan dan mencuit hati.

TAEHYUN

Selain fesyen, perkara yang selalu diperkatakan peminat mengenai ahli kumpulan TXT ini adalah gaya aneh yang dilakukannya ketika bersin.
Taehyun dilihat sering melakukan gerakan ‘dab’ sebagai tindak balas spontan ketika bersin yang tidak dapat dielakkannya.
Kelakuan tersebut mungkin dipandang pelik bagi kebanyakan orang. Namun peminat menganggapnya comel dan menghiburkan.

KAI

Ahli kumpulan EXO ini sebelum ini pernah mendedahkan dia menggemari filem seram.
Malah Kai atau nama sebenarnya Kim Jong-In menganggap aktiviti menonton filem jenis itu sebagai terapi untuk melepaskan tekanan.
Pada masa sama, bintang K-Pop berusia 31 tahun ini mempunyai kebiasaan pelik iaitu menari dalam bilik mandi.
Dia pernah membuat pengakuan gemar menghabiskan masa yang lama untuk menari sambil mandi.

JAY

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui anggota kumpulan Enhypen ini tidur dalam keadaan matanya separa terbuka.
Keadaan dipanggil nocturnal lagophthalmos berlaku kepada penyanyi berusia 23 tahun itu sejak dia kanak-kanak lagi.
Malah, rakaman Jay atau nama penuhnya, Jay Jongseong Park pernah tidur dalam keadaan tersebut pernah ditayangkan dalam rancangan realiti I- Land musim kedua.

DAHYUN

Antara kelakuan pelik anggota kumpulan TWICE ini adalah kebiasaannya menutup muka dengan rambutnya.
Dahyun beberapa kali dirakam melakukan perkara itu ketika di hadapan peminat dan pengamal media.
Media korea melaporkan tabiat tersebut adalah reaksi spontan ketika bintang K-Pop berusia 27 tahun itu berasa malu atau terhibur dengan sesuatu perkara melucukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN