GEORGE TOWN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di sini berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup dadah bernilai RM352,000 melalui perairan Pulau Pinang dalam satu operasi khas di sini, kelmarin. Komandernya, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi menggunakan Bot Ronda RH35 milik Markas PPM Wilayah Satu Pulau Pinang itu dijalankan hasil maklumat risikan penyeludupan dadah di laut. Beliau berkata, dalam operasi kira-kira pukul 8.10 malam itu, seorang pegawai bersama tujuh…