PETALING JAYA: Polis tidak menerima laporan berhubung tular video di media sosial seorang wanita melompat keluar dari sebuah kereta di Lebuh Raya Sprint, di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial berdurasi 14 saat dimuat naik melalui aplikasi Facebook. Katanya, video tersebut memaparkan seorang wanita membuka pintu dari sebuah kenderaan dan keluar ketika kenderaan sedang bergerak laju…