Polis hubungi Meta kesan pemilik Threads fitnah pelakon, penyanyi terkenal 

Polis hubungi Meta kesan pemilik Threads fitnah pelakon, penyanyi terkenal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Identiti pemilik akaun media sosial Threads  yang membuat hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap pelakon dan penyanyi lelaki terkenal masih belum dikenal pasti.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai penyiasat untuk berhubung dengan Meta Platforms Inc (Meta) yang berpangkalan di Singapura untuk mengesan  pemilik akaun media sosial itu.

“Kami (polis) juga akan meminta bantuan Bahagian Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk mengesan alamat protokol internet (IP) pemilik laman sosial itu.

“Siasatan kes ini masih dijalankan dan keterangan empat saksi telah kita ambil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini

Sebelum ini, media melaporkan siasatan polis membabitkan hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap pelakon dan penyanyi lelaki terkenal sedang dilengkapkan sebelum dihantar ke dirujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya sudah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun tersebut.

Pada 18 Julai lalu, pelakon dan penyanyi terkenal itu membuat laporan polis berhubung satu hantaran fitnah dan berunsur provokatif yang didakwa dimuat naik di platform media sosial Threads

Polis menerima laporan dibuat artis lelaki terbabit pukul 4.12 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN