PM tinjau raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2025, raikan petugas dan peserta

PM tinjau raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2025, raikan petugas dan peserta

ANWAR Ibrahim berkesempatan meluangkan masa meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan meluangkan masa meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini pagi ini.

Anwar tiba di lokasi sambutan kira-kira pukul 8.38 pagi disambut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit, malah menerima sorakan gemuruh sebaik menyantuni peserta persembahan teres grafik manusia yang terdiri daripada 2,000 pelajar.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula seawal 7 pagi Ahad ini dengan ketibaan pemimpin negara, diikuti keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Program akan dimulakan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, lafaz ikrar Rukun Negara dan perarakan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sejauh 2.1 kilometer.

Sebanyak 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias, 116 haiwan dan 21 kumpulan pancaragam bakal memeriahkan perarakan pada sambutan kali ini.

Bagi sambutan tahun ini juga, kapasiti tempat duduk bertingkat dinaikkan kepada 8,000 tempat berbanding 4,000 tempat tahun lalu.

Selain itu, sebanyak 12 skrin LED besar, 18 khemah perubatan, lima surau dan lebih 200 tandas mudah alih turut disediakan.

Tinjauan wartawan di Dataran Putrajaya mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri raptai penuh itu malah, sanggup hadir seawal 6 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN