PM beri kebenaran berhimpunan secara aman depan Parlimen

PM beri kebenaran berhimpunan secara aman depan Parlimen

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa sebarang bentuk perhimpunan secara aman di hadapan bangunan Parlimen tidak harus dihalang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri turut menolak cadangan untuk memindahkan lokasi himpunan ke Padang Merbok dan menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak mereka untuk berhimpun termasuk di hadapan Parlimen.

Bagaimanapun, beliau meminta mana-mana individu yang ingin menyertai sebarang bentuk himpunan perlu memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan serta lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Susulan beberapa siri perhimpunan aman yang telah dilakukan di hadapan Parlimen terdapat perbincangan di kalangan ahli-ahli Parlimen dan juga di kalangan Jemaah Menteri mengenai kewajaran mengadakan tempat khusus untuk sesiapa (atau) mana-mana pihak yang ingin berkumpul.

“Ini bagi menyerahkan memorandum atau pun menyatakan pandangan mereka tentang apa-apa perkara untuk tidak berada di hadapan Parlimen.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan dan mengambil perdirian bahawa berhimpun di hadapan Parlimen itu tidak harus dihalang.

“Cuma yang diminta untuk pastikan aspek laluan (kenderaan masuk ke Parlimen) itu terkawal supaya tidak berlaku apa-apa kelewatan bagi mereka yang ingin keluar masuk (terutamanya) ahli-ahi Parlimen, supaya ia dapat diuruskan dengan baik,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan memaklumkan bahawa Perdana Menteri juga telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa untuk melakukan beberapa penambahbaikan di kawasan Padang Merbok.

“Perdana Menteri mengarahkan Menteri Wilayah untuk meneliti pagar yang ada dikeliling Padang Merbok untuk dilakukan beberapa penambahbaikan supaya orang ramai boleh menggunakan padang tersebut dengan lebih baik.

Kelmarin, media melaporkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membuka pintu pagar Padang Merbok bagi membolehkan orang ramai memanfaatkannya sebagai ruang rekreasi bersama keluarga dan komuniti.

Zaliha berkata, Padang Merbok yang menyimpan pelbagai nilai sejarah wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti riadah rakyat selaras dengan visi Bandar CHASE yang mengangkat konsep Healthy City (bandar sihat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN