PLUS lakukan penyelenggaraan jalan konkrit, Hentian Serdang ditutup lima hari

PLUS lakukan penyelenggaraan jalan konkrit, Hentian Serdang ditutup lima hari

plus
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit secara berperingkat di Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan), KM308.20.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit secara berperingkat di Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan), KM308.20.

Sepanjang tempoh ini, laluan masuk ke hentian sebelah serta kemudahan gerai dan tandas di hentian tersebut turut ditutup sementara secara berperingkat mulai pukul 10  malam, 11 Ogos 2025 hingga pukul 5 pagi, 15 Ogos 2025 selama lima hari bagi membolehkan kerja naik taraf
dilaksanakan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, hentian sebelah akan dibuka seperti biasa di antara pukul 5 pagi hingga pukul 10 malam di mana tiada kerja-kerja naiktaraf dijalankan untuk keselesaaan pengguna.

Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS (Petugas Lebuhraya) ketika melalui kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN