KUALA TERENGGANU: Semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan 2025 terserlah apabila Perarakan Bot Merdeka turut mendapat sambutan peserta dari luar negeri ini yang teruja merasai pengalaman unik di Sungai Terengganu. Bagi Mohd. Mustazary Ali Musa, 41, dari Puncak Alam, Selangor, penyertaan kali pertamanya bersama tiga keluarga lain dari Kedah menjadi kenangan bermakna buat mereka. “Saya bawa keluarga bercuti sebelum menghantar mak dan ayah balik ke kampung di Kedah. Kebetulan ada acara…