JOHOR BAHRU: Seorang pesara guru wanita umpama jatuh ditimpa tangga selepas kerugian berjumlah RM467,237 akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud serta penipuan khidmat guaman. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 60 tahun berhubung kejadian itu, kelmarin. Katanya, mangsa terlihat satu iklan berhubung pelaburan yang menjanjikan keuntungan sehingga 94 peratus dalam tempoh sehari di laman sosial Facebook ketika berada di…








