PETALING JAYA: Permohonan pendaftaran harta intelek (IP) di negara mencatatkan peningkatan ketara daripada pemohon tempatan sekali gus menunjukkan perkembangan yang positif dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, keseluruhan permohonan tempatan meningkat kepada sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini hanya 10 peratus direkodkan. “Jika kita lihat perbandingan suku kedua tahun ini dengan tahun lalu, terdapat peningkatan sebanyak 11…