Pengurus stesen minyak rugi RM91,167 terpedaya dengan wanita di Tinder

Pengurus stesen minyak rugi RM91,167 terpedaya dengan wanita di Tinder

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus sebuah stesen minyak kerugian RM91,167 selepas terpedaya dengan peluang pekerjaan tidak wujud setelah mengenali seorang wanita melalui aplikasi Tinder.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam.

Katanya, mangsa mengenali wanita bernama ‘Vinicus’ itu sebelum diajak menyertai satu peluang pekerjaan sambilan yang menawarkan pulangan lumayan.

“Kerana terpedaya, mangsa membuat sembilan transaksi kewangan ke dalam enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,167.

“Tidak lama selepas itu, mangsa dimaklumkan akaunnya telah dibekukan dan cubaan menghubungi suspek gagal dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, mangsa kemudian membuat laporan polis setelah menyedari telah ditipu individu berkenaan.

“Tiga daripada enam akaun bank terlibat mempunyai rekod sebagai terlibat dengan sindiket penipuan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN