KLANG: Hampir 1,000 penduduk di Pangsapuri Taman Seri Andalas di sini tertekan apabila terpaksa berdepan kompaun meletak kenderaan terkumpul antara RM30,000 hingga RM54,000. Ia berpunca daripada kekurangan tempat letak kereta di kediaman mereka hingga terpaksa meletakkan kenderaan di luar kawasan atau petak yang dibenarkan sehingga dikompaun Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Seorang penduduk, Kabri Baduhai, 47, berkata, kekurangan tempat letak kereta adalah masalah utama di kawasan perumahan berkenaan menyebabkan ramai…