KUALA LUMPUR: “Kita akan teruskan.” Itu maklum balas ringkas oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar ketika dihubungi media berhubung permintaan pasukan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir agar menangguhkan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan yang terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu itu. Terdahulu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan peguam itu, permohonan itu dibuat bagi membolehkan pertuduhan lebih berat dikenakan terhadap pelaku tersebut. “Kami berharap mereka dituduh…