Pendakwaan Hilman satu hipokrasi politik

Pendakwaan Hilman satu hipokrasi politik

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham di bawah Akta Hasutan sebagai satu bentuk hipokrasi kerana undang-undang yang pernah dijanjikan untuk dimansuhkan kini digunakan pula terhadap pengkritiknya.

Ini susulan pendakwaan terhadap Hilman berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan yang disertai pimpinan Armada Bersatu baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Presiden Bersatu itu berkata, sebagai pemimpin sayap yang mewakili suara anak muda, Hilman berhak menyuarakan kritikan terhadap Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin di bawah peruntukan tersebut.

Katanya, pendirian kerajaan ketika ini jelas bercanggah dengan janji yang pernah dibuat Pakatan Harapan sebelum berkuasa untuk menghapuskan akta berkenaan.

“Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.

“Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.

“Saya mendoakan agar saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli Armada Bersatu terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN