PETALING JAYA: Pemimpin agama diseru untuk memainkan peranan sebagai pendamai serta pembela nilai sejagat termasuk melindungi hak golongan minoriti. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin agama mempunyai tanggungjawab besar untuk mempertahankan kemanusiaan serta erti sebenar kepercayaan. Katanya, usaha itu penting bagi memastikan suara agama menjadi benteng kemanusiaan, terutama ketika dunia mengalami percanggahan dan hipokrasi yang menafikan prinsip demokrasi, hak asasi dan keadilan. “Kadangkala kita bercakap tentang perbezaan antara…