KOTA TINGGI: Sebarang pelanggaran terhadap tatacara proses perolehan kerajaan akan dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) yang dibentangkan minggu depan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya prosedur perolehan termasuk tender tidak dipatuhi, ia boleh dikenakan hukuman mengikut peruntukan akta baharu itu sebagaimana diumumkan Perdana Menteri. “Kerajaan pada minggu depan akan membentangkan rang undang-undang perolehan yang mana seperti Perdana Menteri umumkan dimana…