Pelakon maut kemalangan, keluarga cari rakaman dashcam - Utusan Malaysia

Pelakon maut kemalangan, keluarga cari rakaman dashcam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Parvin Nair Surendran dikhabarkan meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya, pada 7 Ogos lalu.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh adik mendiang Parvin, Yesotha menerusi sebuah hantaran di Instagram selain menyatakan nahas itu berlaku di KM 9.9 Lebuhraya Persekutuan berdekatan stesen LRT UiTM Shah Alam, menghala ke Kuala Lumpur.

Menurut Yesotha, abangnya yang menunggang motosikal sebelum kemalangan dilaporkan sudah meninggal di tempat kejadian setelah ditemui pihak polis.

“Kami memerlukan bantuan anda. Kami sedang mencari rakaman dashcam kemalangan yang berlaku pada hari Khamis, kira-kira jam 8 malam hingga 9.30 malam di Lebuhraya Persekutuan selepas i-City, Shah Alam menghala ke KL.

“Jika anda atau sesiapa yang anda kenal melalui kawasan tersebut pada waktu itu, sila semak rakaman dashcam anda. Bantuan anda mungkin dapat memberi kami jawapan mengenai pemergian mendiang abang kami,” tulisnya.

Difahamkan, mendiang telah meninggalkan isterinya, Gangie Esshini selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

Pemergian penyanyi itu turut diratapi keluarga, peminat dan rakan seperjuangannya dalam industri hiburan.

“Parvin Nair Surendran, bakat yang bersemangat meninggalkan jejaknya di persada seni tempatan.

“Kehadiran anda amat dirindui, tetapi legasi anda akan terus hidup melalui cerita yang anda bantu sampaikan,” kata Raaga FM dalam satu perkongsian.

“Pelakon Malaysia, Parvin Nair meninggal dunia secara tragis pada 7 Ogos dalam satu kemalangan. Takziah yang tulus buat orang keluarganya yang tersayang,” ucap Jei FM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN