Pelajar Sekolah Tun Fatimah timba ilmu asas kewartawanan

Pelajar Sekolah Tun Fatimah timba ilmu asas kewartawanan

Kumpulan PPS Tingkatan 2 Sekolah Tun Fatimah dengan poster yang dihasilkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 52 Pengawas Pusat Sumber (PPS), Sekolah Tun Fatimah (STF) menyertai Bengkel Penulisan Media PPS STF 2025 pada 8 dan 9 Ogos 2025 lalu di Johor Bahru.

Peserta program dua hari itu terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 , 3 dan 4.

 

 

Program berlangsung di Bilik Kuliah STF itu bertujuan mendedahkan peserta mengenai asas kewartawanan, teknik menulis berita, mengenal jenis penulisan dalam akhbar serta menulis keterangan gambar.

Peserta turut dibimbing mengenai etika, peranan dan tanggungjawab wartawan di samping penekanan soal nilai serta adab sebagai warga maya ketika berkomunikasi dalam media sosial.

 

Selain itu, mereka diberi pendedahan asas mengenai pengurusan majlis dan protokol seperti kepentingan menyediakan senarai semak, susunan tempat duduk di pentas serta penyelarasan tugas.

Sesi perkongsian ilmu lebih enam jam itu melibatkan perunding media, Komunikasi Korporat dan Penerbitan, Kamal Ahmad, serta pengamal media dan bekas wartawan akhbar, Zuraidah

Mohamed yang juga Pengerusi Sarana Felicienne STF.

Program berkenaan menerima tajaan 160 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang dijadikan bahan rujukan peserta ketika menjalankan tugasan yang diberikan.

Peserta program dibahagi kepada 10 kumpulan dan mereka turut melalui sesi amali seperti memilih tujuh berita utama yang sesuai dikongsikan dengan pelajar melalui paparan di sudut bacaan.

Mereka juga menghuraikan laporan utama tertentu yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 9 Ogos lalu.

Idea program ini dicetuskan oleh Pengetua STF, Radziah Mohd Din. Pelaksanaannya di bawah bimbingan Guru Perpustakaan dan Media STF, Siti Norfalisha Rusli, bersama Guru Pengawas Pusat

Sumber, Nur Nazurah Abdullah, dan Guru Perpustakaan, Nur Atikah Batrisyia Azhar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN