KUANTAN: Seorang pekebun durian haram tidak sempat mengaut keuntungan apabila ditahan pihak berkuasa ketika cuba membawa keluar 919 kilogram durian Musang King dan D24 bernilai kira-kira RM5,000 dari Hutan Simpan Gunung Benum, semalam. Lelaki berusia 48 tahun itu diberkas kira-kira pukul 7 pagi ketika memandu trak pikap sarat dengan buah durian hasil tanaman secara haram dalam kompartmen 91 kawasan hutan simpan berkenaan. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin…










