Pegawai perubatan rugi RM2.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Pegawai perubatan rugi RM2.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai perubatan berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.6 juta akibat terpedaya pelaburan tidak wujud melalui iklan di media sosial sejak Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arshad berkata, mangsa berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menyedari diperdaya oleh sindiket terbabit.

Menurutnya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan saham di media sosial pada 25 Mei lalu sebelum menghubungi suspek melalui pautan WhatsApp yang disediakan.

“Suspek menawarkan skim pelaburan dengan sebuah syarikat luar negara yang kononnya menjanjikan pulangan antara lima hingga 15 peratus bagi setiap wang yang dilaburkan.

“Mangsa turut diminta memuat turun sebuah aplikasi bagi memantau pelaburannya,” katanya dalam kenyataan.

Ab Rahaman berkata, mangsa kemudian membuat 56 transaksi pindahan wang berjumlah RM2.6 juta ke lapan akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek dari 25 Mei hingga 8 Ogos lalu.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal membuat pengeluaran wang melalui aplikasi tersebut sebelum tampil membuat laporan polis.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN