KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih disegani serta diyakini rakyat untuk memelihara kedaulatan negara meskipun beberapa anggotanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penahanan itu tidak mencerminkan keseluruhan institusi pertahanan negara. “Insiden-insiden membabitkan penahanan dan sebagainya yang menjejaskan integriti dan maruah angkatan tentera kita dan juga Kementerian (perlu dielakkan). “Jika benar didapati bersalah, ia sememangnya satu perkara yang mencemarkan…










