Pegawai AADK perlu ada kemahiran baharu kendali klien - Saifuddin

Pegawai AADK perlu ada kemahiran baharu kendali klien – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran baharu selari perubahan corak penagihan dadah ketika ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemunculan pelbagai jenis dadah sintetik memerlukan pegawai AADK meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam menguruskan klien. 

Jelasnya, lebih empat dekad AADK bertarung bagi memerangi dadah di negara ini. 

“Jika dulu, tiada dadah sintetik dan semuanya (dadah) konvensional. Jadi, pengambilan dadah sintetik memerlukan kaedah rawatan berlainan kerana terdapat kesan serta simptom berbeza dialami klien seperti halusinasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program i-DEEN AADK 2025, di sini hari ini. 

Saifuddin berkata, pegawai AADK perlu memiliki kemahiran setara yang sesuai dengan ancaman dadah selari perubahan corak penagihan masa kini.

Jelasnya, AADK sudah mencapai tahap pemulihan klien sebanyak 79 peratus menerusi modul latihan yang diguna pakai agensi itu. 

Katanya, ada klien di AADK yang masuk ke pusat pemulihan secara sukarela atau melalui perintah mahkamah. 

“Apabila mereka menjejakkan kaki ke pusat ini, mereka akan mengikuti modul latihan yang mengetengahkan beberapa aspek termasuk kerohanian. 

“Di akhir program rawatan itu, mereka akan dinilai semula dan menjadi kayu pengukur dengan kini AADK sudah mencapai 79 peratus pemulihan klien,” katanya.

Katanya,  AADK menyasarkan kadar pemulihan klien sebanyak 80 peratus. 

“Kadar itu saya anggap sebagai kadar pemulihan yang baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN