KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tekanan terhadap Malaysia Airlines (MAS) untuk membeli 30 pesawat Boeing sebagai syarat bagi mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25 peratus kepada 19 peratus. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, keputusan pembaharuan armada MAS adalah berasaskan pertimbangan komersial serta keperluan operasi jangka panjang syarikat penerbangan nasional itu. “Ia sama sekali bukan hasil desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak luar. Malah, pesanan awal 25 unit…