KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 tidak akan menukar status pekerja gig menjadi pekerja sepenuh masa sebaliknya mengekalkan sifat pekerjaan anjal serta bekerja sendiri seperti diamalkan ketika ini. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, RUU itu jelas menekankan konsep freelancer atau bekerja sendiri. Katanya, ia melalui perjanjian contract for service yang membezakan mereka daripada pekerja contract of service atau contract of employment di bawah Akta Kerja.…