KUALA LUMPUR: Bilangan penganggur dalam kalangan belia berusia antara 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 270,400 orang kepada 281,700 orang dengan kadar pengangguran kekal 9.9 peratus berdasarkan laporan Survei Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kadar tersebut dianggap tinggi namun merupakan trend biasa di kebanyakan negara kerana kumpulan belia baharu menamatkan pengajian serta berdepan kesukaran mendapat pekerjaan akibat kekurangan pengalaman. Sebaliknya, beliau berkata,…