KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang bersedia digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan kerana menentang Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dijangka dibentangkan esok. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tetap bertegas menolak RUU tersebut dan akan menentangnya secara habis-habisan bagi menuntut supaya ia ditarik balik serta tidak dibahaskan. Katanya, semua Ahli Parlimen PN bersedia menerima sebarang tindakan termasuk digantung kerana…