Kematian Zara tak babitkan cucu TYT, isteri menteri 

PARLIMEN: Kematian Zara tak babitkan cucu TYT, isteri menteri 

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kononnya pelaku yang menyebabkan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah cucu kepada Yang Dipertua Negeri Sabah adalah tidak benar sama sekali.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan yang dilakukan pasukan siasatan daripada Bukit Aman juga tidak menemui sebarang dakwaan lain termasuk kedudukan pengetua sekolah yang dikatakan isteri Menteri seperti didakwa.

Katanya, dakwaan mengatakan punca kematian Zara disebabkan didera di dalam mesin basuh juga adalah tidak benar.

“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci, pada kali pertama isu ini dibangkitkan sudah timbul beberapa kenyataan seperti yang terlibat cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri kepada menteri, cara mati didera dalam mesin basuh. Keadaan sudah jadi begitu toksik.

“Siasatan polis tidak menemui semua perkara itu, tidak ada sama sekali setelah keterangan daripada 195 saksi yang kita ambil,” katanya dalam sesi kenyataan menteri  di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, setiap tindakan diambil polis, sekolah dan pegawai perubatan adalah berdasarkan maklumat pada ketika itu dan prosedur operasi standard (SOP).

“Ada ketidakpatuhan tetapi ia tidak menjejaskan integriti siasatan apa lagi selepas pasukan Bukit Aman mengambil alih. Polis terus siasat tanpa drama kerana komitmennya adalah untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan untuk Zara.

“Saya hendak tegaskan bahawa tuduhan cover-up (tutup), SOP tidak dipatuhi itu tertolak sama sekali,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN