KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan bagi merombak kadar perkongsian hasil cukai antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kerajaan berpandangan sistem federalisme yang diamalkan di negara ini seperti mana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan akan diteruskan. Kata beliau, ia termasuk yang berkaitan pengurusan hal ehwal kewangan termasuk perkara mengenai percukaian yang sewajarnya diteruskan buat masa ini. “Pembahagian kuasa percukaian termaktub dalam Perlembagaan…