KUALA LUMPUR: Seramai 73.8 peratus isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Malaysia kini memiliki kediaman sendiri manakala 22.8 peratus mendiami rumah sewa dan 3.4 peratus lagi merupakan penghuni kuarters. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan sentiasa komited menyediakan perumahan untuk rakyat melalui pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemaju swasta. Katanya, usaha ini selaras dengan matlamat tiada yang tertinggal dalam mendapatkan hak asas rakyat…