KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengingatkan kerajaan supaya memastikan ketelusan dan penelitian menyeluruh dalam rancangan perolehan tren elektrik secara pajakan bernilai RM10.7 bilion dari China. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding PAC mendapati projek perolehan 62 set tren elektrik jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu masih di peringkat awal dan belum menghasilkan sebarang kontrak muktamad. Katanya, kerajaan perlu berhati-hati supaya sebarang keputusan tidak dibuat secara tergesa-gesa tanpa…