Nenek cekal jaga cucu OKU terlantar

Nenek cekal jaga cucu OKU terlantar

WAN Rosnani Mahmud bersama cucunya Muhammad Hazriq Haikal ketika ditemui di Kampung Sri Gemas, Tampin, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Walaupun dimamah usia, seorang warga emas tabah menjaga cucunya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang terlantar sejak kecil.

Wan Rosnani Mahmud, 67, dari Kampung Sri Gemas, di sini memberitahu, setiap hari
perlu mengerah tenaga mengangkat cucunya, Muhammad Hazriq Haikal Abdullah, 13, untuk dimandi dan dibersihkan.

Katanya, ada kalanya dia terpaksa menarik cucu sulungnya itu menggunakan kain kerana tidak larat namun tetap cekal menguruskan cucunya itu dengan baik.

“Saya terpaksa tarik pakai kain jika tidak memang sakit pinggang dibuatnya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, dia terpaksa menjaga Muhammad Hazriq Haikal selepas cucunya itu kematian bapa manakala ibunya pula mengalami masalah mental.

“Saya tabahkan hati dan teruskan amanah menjaganya,” katanya yang turut memberitahu suaminya yang uzur kini tinggal di ibu negara dan dijaga oleh anaknya.

Sementara itu, kesukaran dihadapi Wan Rosnani telah mendapat perhatian pihak pasar raya Econsave yang tampil menghulurkan bantuan.

Pengurus Econsave Cawangan Gemas, Zarina Saili berkata, bantuan diberikan bukan hanya membabitkan barangan keperluan harian bahkan sebuah kerusi alat mekanik bagi memudahkan warga emas tersebut memandikan cucunya itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN