ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempertikai tindakan pihak tertentu yang hanya menyasarkan negeri pembangkang berhubung kenaikan tarif air sedangkan peningkatan itu turut berlaku di negeri-negeri lain. Beliau berkata, kenaikan tarif air di Kedah juga tidak membebankan pengguna kerana kadar baharu iaitu 81 sen per meter padu bagi penggunaan 20 meter padu pertama masih jauh lebih rendah berbanding negeri lain. Katanya, kenaikan enam sen berbanding kadar…