Muhyiddin hantar representasi mohon batal tujuh pertuduhan

Muhyiddin hantar representasi mohon batal tujuh pertuduhan

MUHYIDDIN Yassin hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memohon semua tujuh pertuduhan jenayah terhadapnya dibatalkan.

Permohonan representasi ter­sebut difailkan pada penghujung bulan lalu dan kini sedang dipertimbangkan oleh pihak AGC.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy semalam.

“Ini merupakan representasi pertama yang dikemukakan oleh pihak pembelaan bagi kes ini,” katanya.

Mahkamah menetapkan 7 Ok­to­ber depan untuk sebutan semula kes.

Muhyiddin hadir ke mah­ka­mah bersama dua peguam belanya, Amer Hamzah Arshad dan Rosli Dahlan.

Muhyiddin, 78, yang juga Pre­siden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa dengan meminta suapan berjumlah RM232.5 juta daripada empat entiti kononnya sebagai dana politik parti menerusi projek Jana Wibawa.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Put­ra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Beliau turut berdepan tiga per­tuduhan menerima wang ha­sil aktiviti haram berjumlah RM200 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun milik Bersatu.

Transaksi itu didakwa dilakukan di Ambank Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 7 Januari 2022 dan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan

Stesen Sentral, Kuala Lumpur antara 25 Februari hingga 16 Julai 2021 antara 8 Februari hingga 8 Julai 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN