Menteri Pendidikan jangan terlalu defensif - Nik Nazmi

Menteri Pendidikan jangan terlalu defensif – Nik Nazmi

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan tidak perlu bersikap defensif dalam menangani isu buli di sekolah, sebaliknya memberi tumpuan memastikan kebimbangan masyarakat dijawab dengan tindakan tegas dan telus.

Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) membangkitkan perkara itu ketika mengulas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang kini dalam siasatan pihak polis.

Katanya, isu keselamatan murid merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian serius kerana ia kini mendapat perhatian meluas di seluruh negara.

“Kita tidak boleh menuding jari kepada ibu bapa yang membuat spekulasi. Yang penting adalah kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk mengambil tindakan dan tidak memperkecilkan kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya lagi, isu buli di sekolah terus menjadi perbincangan hangat selepas beberapa kes tular, sekali gus mendesak tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Malah jika perlu, jelas Nik Nazmi lagi, satu anjakan dalam sistem pendidikan perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin sepenuhnya.

“Jika keselamatan murid tidak dapat dijamin, soal kemenjadian dan pencapaian akademik mereka tidak akan menjadi tumpuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN