Menangis depan
kubur tidak reda ketentuan ilahi
SOALAN
Mengapa Islam tidak menggalakkan umatnya menangis di kubur? Saya lihat ramai yang menziarahi kubur berbuat demikian.
Jumaat,
Ipoh
JAWAPAN
Islam tidak menggalakkan menangis yang bersifat meratap kepada mayat kerana seolah-olah tidak reda dengan ketentuan Ilahi dan ia merupakan budaya atau amalan jahiliah. Adapun tangisan yang tidak meratapi semata-mata kerana sedih ia tidak mengapa.
Niat solat dalam hati
SOALAN
Apakah perbezaan jelas antara niat dan lafaz niat dalam solat?
Ahmad Razif,
Cheras Kuala Lumpur
JAWAPAN
Niat tempatnya di dalam hati ia merupakan rukun solat. Ada pun lafaz tempat di lidah dan ia hanya digalakkan untuk membantu niat.
Waktu sesuai
solat Duha
SOALAN
Bila masa sesuai untuk kita melakukan solat Duha?
Musykil,
Perak
JAWAPAN
Boleh dilakukan solat Duha antara waktu 15 minit selepas terbit matahari dan sebelum 30 minit sebelum masuk waktu Zuhur.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]