Mayat lelaki ditemukan dalam sawah di Bachok

Mayat lelaki ditemukan dalam sawah di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK : Seorang pemuda berusia 22 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan sawah padi di Ladang Padang Merdeka, Jelawat, di sini, hari ini.

Mangsa yang beralamat di Kampung Kuchelong, Jelawat, ditemukan orang awam kira-kira pukul 9 pagi sebelum memaklumkan kepada Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superinteden Mohd. Azrie Sulaiman berkata, mangsa berada dalam keadaan tertiarap dengan sebahagian muka terendam dalam selut pada paras air kira-kira satu kaki.

“Tiada kesan kecederaan fizikal dikesan pada badan mangsa atau petunjuk perlakuan jenayah ditemukan. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan peralatan memancing yang dipercayai milik mangsa,” katanya hari ini.

Menurur Mohd. Azrie, ahli keluarga memaklumkan mangsa menghidap penyakit sawan sejak dua tahun lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan rumah pada pukul 5 petang semalam untuk aktiviti memancing dan kes diklasifikasikan sebagai Siasatan Mati Mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN