Malaysia cipta ChatGPT versi sendiri?

Malaysia cipta ChatGPT versi sendiri?

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Sidang Kemuncuk ASEAN AI Malaysia 2025 di MITEC hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia kini mampu untuk mencipta ChatGPT versi sendiri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan model bahasa luas (LLM) bertaraf dunia yang dikenali sebagai Intelek, Luhur, Malaysia, Untukmu (ILMU 1.0).

Perdana Menteri melancarkan ILMU 1.0 selepas merasmikan Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di sini, hari ini.

ILMU 1.0 dibangunkan YTL Power membantu membentuk ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia melalui pelaburan menyeluruh daripada pusat data hijau dan pengkomputeran super AI.

Ia direka selaras dengan budaya, bijak mengikut konteks dan fasih dalam Bahasa Malaysia dan memacu penerimaan AI oleh perusahaan serta memupuk bakat tempatan.

Komitmen itu mengubah AI daripada sekadar pencapaian teknologi kepada keupayaan nasional yang menggerakkan infrastruktur lebih pintar, meningkatkan produktiviti dan membolehkan pertumbuhan inklusif. 

Ia mencerminkan visi berani iaitu ‘Kecerdasan Buatan dibangunkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.

LLM boleh digunakan untuk pelbagai perkara selain ‘chatbot’ seperti melakukan terjemahan, ringkasan dokumen, carian pintar, penjanaan kod, analisis data dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×