Malaysia bakal jadi peneraju aplikasi AI patuh syariah

Malaysia bakal jadi peneraju aplikasi AI patuh syariah

AHMAD Zahid Hamidi merasmikan applikasi NurAi: LLM Syariah Pertama Dunia di hotel Four Seasons Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi peneraju dalam pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) patuh syariah bagi membentuk masa depan ummah bukan sahaja di Malaysia, sebaliknya seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bukan sekadar simbol inovasi, sebaliknya instrumen Diplomasi Teknologi dengan memposisikan Malaysia dalam bidang tersebut.

Katanya, ini sekaligus dapat membuka pintu kerjasama strategik bukan sahaja dengan negara ASEAN, sebaliknya negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Kita mahukan kemajuan digital yang berakar pada nilai, supaya teknologi menjadi pemacu kemakmuran dan kesejahteraan, bukan ancaman kepada identiti , prinsip dan cara hidup kita.

“Langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan Madani yang membangunkan agama dan teknologi dalam satu ruang lingkup yang luas,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran aplikasi NurAI di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia berpotensi menjadi hab pendigitalan utama yang diyakini dunia Islam, khususnya di rantau ini .

“Ia dibina dengan nilai dan dipandu sepenuhnya berpaksikan wahyu Ilahi. Inilah kekuatan sebenar yang ada pada kita, yang mesti kita perluaskan potensinya,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, dengan potensi yang dicapai itu juga Malaysia mampu membina Pusat Rujukan Global AI Syariah dengan membentuk platform integrasi AI selari sistem pendidikan Islam di seluruh dunia.

“Di samping itu, kita boleh membina aplikasi AI untuk pentadbiran masjid, pengurusan zakat dan pengajaran al-Quran selain kerjasama penyelidikan antarabangsa yang memperkukuh inovasi berteraskan nilai Islam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×