JOHOR BAHRU: Persatuan Kebajikan Pemilik-Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam) tidak teragak-agak untuk membawa isu tuntutan hak milik kekal Tanah Rizab Melayu (TRM) ke mahkamah sekiranya semua ruang penyelesaian gagal. Pengerusinya, Abdul Rahim Md. Shariff berkata, perkara itu adalah salah satu daripada tiga usul diluluskan secara sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan persatuan kali kedua yang dihadiri lebih 150 ahli, Ahad lalu. Katanya, semua ahli Perkam tetap dengan…