KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, esok. Permohonan kebenaran komital difailkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung tindakan Ahmad Terrirudin yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan yang didakwa mengetahui kewujudan Titah Adendum tetapi memilih untuk mengelirukan mahkamah. Sementara itu, pada pengurusan kes semakan kehakiman…










