KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam di rumah kongsi pekerja lombong bijih timah di Sungai Bayas, Sungai Lembing, di sini, semalam. Mangsa yang berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira pukul 3 pagi ini selepas dibawa oleh rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan tikaman di bahagian dada. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, hasil…










