Lokasi nahas pelajar UPSI dipasang lampu solar

Lokasi nahas pelajar UPSI dipasang lampu solar

LOKASI nahas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu dipasang lampu solar dan sudah diturap semula. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lokasi nahas bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dinaik taraf menerusi pemasangan lampu solar di kawasan tersebut.

Selain itu, perubahan ketara lain ialah penurapan semula jalan serta penghadang jalan yang sebelum ini remuk telah dibaik pulih susulan kemalangan pada 9 Jun lalu.

Berdasarkan tinjauan bermula dari bandar Gerik sehingga ke lokasi kemalangan tersebut sepanjang 60 kilo­meter, ba­nyak kerja infrastruktur se­dang dijalankan termasuk pe­masangan lampu solar di kawasan selekoh dan laluan yang sempit.

Penduduk Gerik hanya mahu dikenali sebagai Sue, 39, melihat positif perkembangan tersebut demi mengelakkan kejadian itu berulang semula kepada pengguna jalan raya lain.

“Ini memberi keyakinan untuk pemandu di waktu malam. JRTB sudah lama tidak me­ngalami peningkatan taraf se­perti ini dan agak terbiar. Hal ini menggembirakan kami yang sering mahu ke Jeli,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

JRTB Gerik-Jeli dibina ketika zaman komunis pada 1970-an merentasi hutan yang merupakan habitat utama gajah liar dan Harimau Malaya.

Seorang lagi penduduk di sini, Mohd. Fadzil Abdul Aziz, 48, menghargai kepantasan ke­rajaan dan Kementerian Kerja Raya atas sikap ambil berat dan pantas bertindak terhadap ke­perluan JRTB.

“Kini JRTB diterangi cahaya dan amat memudahkan pengguna. Malah sudah ada video tular yang memaparkan gajah boleh dilihat menerusi lampu solar yang dipasang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN