GEORGE TOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan berasingan membabitkan kesalahan jenayah curi, dadah dan kesalahan di bawah Akta Imigresen. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kesemua tertuduh iaitu Tarfi Ghader, 33; Fazeli Payam, 33; Dinarvand Siavash, 28; Zahra Hasani, 39, dan Sara Ghiyas, 19; tidak dibacakan di mahkamah hari ini memandangkan kesemua mereka tidak memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sehubungan itu,…










