Lelaki maut dilanggar tren komuter disahkan pesakit mental

Lelaki maut dilanggar tren komuter disahkan pesakit mental

PAKAIAN dipercayai milik mangsa yang maut dilanggar tren komuter di Chemor di Ipoh kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang maut dalam keadaan mengerikan selepas dirempuh tren komuter di Kilometer 156, berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor kelmarin, merupakan pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu didapati melarikan diri daripada rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK).

Katanya, identiti lelaki warga tempatan itu dikenal pasti melalui pengecaman yang dilakukan waris.

“Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian akibat kecederaan pelbagai.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar landasan tersebut. Siasatan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu disedari pemandu tren komuter laluan Ipoh ke utara selepas terdengar dentuman kuat di bahagian hadapan kenderaan.

Bagaimanapun, pemerhatiannya tidak dapat mengenal pasti objek berkenaan berikutan keadaan gelap dan berkabus.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kemudian menemukan serpihan anggota badan manusia serta barangan peribadi dipercayai milik mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN