Lelaki bertopeng cuba culik murid darjah enam

Lelaki bertopeng cuba culik murid darjah enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik dalam kejadian yang berlaku pada 15 Ogos lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.00 petang itu, mangsa sedang mengayuh basikal sebelum dikejar seorang lelaki bertopeng yang menaiki van berwarna putih.

Bagaimanapun, murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang dekat sini, berjaya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan kejadian tersebut,” katanya hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat dan meminta ibu bapa menjaga keselamatan anak masing-masing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini