Lawatan Sultan Ibrahim perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Russia

Lawatan Sultan Ibrahim perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Russia

Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Russia berjaya mencatat kejayaan strategik dalam memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Russia berjaya mencatat kejayaan strategik dalam memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda yang berangkat ke Moscow pada 5 Ogos lalu atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa yang sama mencatat sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan ke Russia sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967.

Dalam pertemuan rasmi di Kremlin,  Putin menyifatkan hubungan kedua-dua negara berada pada tahap baik dengan komunikasi berterusan antara pelbagai agensi kerajaan

“Presiden Putin turut memuji peranan Malaysia dalam Kumpulan Pembangunan Strategik Rusia-Dunia Islam yang disifatkan sebagai kerjasama berkesan dan platform persefahaman bersama antara Rusia dan negara-negara Islam,” katanya.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut melawat Kazan dan menekankan potensi kerjasama antara Malaysia dan Republik Tatarstan dalam bidang petrokimia, inovasi, kewangan Islam dan sektor halal.

Seri Paduka Baginda berangkat pulang hari ini selepas mengakhiri lawatan lima hari ke Russia. 

Presiden Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, mengiringi Seri Paduka Baginda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN