Lapan jam berlalu, proses bedah siasat Zara Qairina masih belum selesai

Lapan jam berlalu, proses bedah siasat Zara Qairina masih belum selesai

SUASANA di luar pagar Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. UTUSAN/ALLEN MAJAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Setelah lapan jam berlalu, proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih belum selesai.

Peguam keluarga, Hamid Ismail pada pukul 5 petang tadi berkata, proses bedah siasat masih berjalan, dan ia mungkin sehingga malam.

Katanya, tidak dapat dijangka bilakah ia akan selesai kerana proses seperti ini biasanya memakan masa lama.

Proses bedah siasat tersebut dilakukan oleh dua pakar forensik iaitu Dr. Jessie Hiu dari Hospital Queen Elizabeth dan perunding patologi Dr Khairul Anuar Zainun dari Hospital Sultan Idris Shah, Selangor.

Proses tersebut telah bermula sekitar pukul 11 pagi tadi selepas jenazah Zara Qairina dihantar ke hospital pada pukul 10.30 malam, semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia sehingga pukul 7.40 malam ini mendapati orang ramai masih di luar pagar Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk menunggu bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan juga dilihat bertemu orang ramai di luar pagar hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN