KUALA TERENGGANU: Lamborghini dan Nissan Fairlady antara lapan kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Kenderaan Luxury (Op Luxury) dari 1 hingga 19 Ogos lalu. Pengarahnya, Zamri Samion berkata, semua sitaan dibuat selepas pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit tidak memiliki cukai jalan dan perlindungan insurans sah. Kata beliau, Op Luxury adalah kesinambungan operasi berfokus yang dilaksanakan di seluruh negara…